skip to main |
skip to sidebar
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi baginda rasul bersabda, "Sesiapa yang boleh tidur dgn lena di tmpt tidurnya, sihat badannya, mempunyai makanan untuk hari itu maka seolah-olah dia sudah mendapat dunia dan semua kesenangan."
Hadis tersebut bermaksud bahawa jika seseorang sudah mendapat makanan yang cukup dan tmpat berlindung yg aman, maka dia sudah mendapat kebahagiaan yang sempurna dan kebaikan yang mencukupi. Ini berlaku pada kebanyakkan org. Tetapi mereka tidak pernah menyebutnya, melihatnya dan merasanya sebagai kebahagiaan dan kebaikan.
Allah berfirman kpd RasulNya:
" Dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku kepadamu.'( surah al-maidah: 3)
Nikmat apa yang diberikan kepada Baginda Rasul secara sempurna?
Adakah nikmat itu berupa kebendaan? Adakah ia berupa makanan yg banyak? Adakah berupa istana-istana, emas dan perak? Tentu tidak. Baginda Rasul tidak mempunyai itu semua.
Adapun Baginda Rasul sendiri tidur beralaskan tanah dan beratapan pelepah kurma. Dia mengikat dua batu pada perutnya utk menahan rasa laparnya dan hanya beralaskan tikar yang dibuat dari pelepah kirma yg membekas di belikatnya. Dia menggadaikan pakaian perangnya
kpd seorang yahudi dgn tukaran tiga puluh kati gandum. Dia berkeliling selama tiga hari utk mendapat kurma yang paling buruk utk dimkan dan utk sekadar utk mengalas perut, namun tdk mendaptnya.
Engkau wafat dan baju perangmu digadaikan dengan gandum
dan barang ia tetap tidak dapat ditebus hingga ajal menjelang
Dalam dirimu ada makna keyatiman yang menghias
dan engkau pun bergelar bapa para yatim.
"Dan sesungguhnya hari akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan nanti Tuhanmu pasti memberi anugerah-Nya kepadamu, lalu ( hati) kamu menjadi puas."
(surah ad-dhuha:4-5)
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak(di dunia dan di akhirat)" (surah al-kauthar:1)
Dipetik dari buku La Tahzan ;Dr.'Aidh bin Abdullah al-Qarni, 212.
No comments:
Post a Comment