Friday, May 21, 2010

Indah Hidup Bila Bersyukur....

Kalimah "alhamdulillah" adalah beermaksud segala puji bagi Allah s.w.t.....

Kalimah tersebut cukup mudah untuk dilafazkan dan diucapkan. Kalimah tersebut selalu diucapkan apabila kita mendapat sesuatu yang dihajati atau dengan kata lain mendapat sesuatu nikmat yang kita harapkan. Apabila kita melafazkan kalimah alhamdulillah ianya bermakna kita berterima kasih kepada Allah s.w.t, merasa cukup dan redha dengan ketentuanNya.

" Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu memaklumkan."sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatKu),maka pasti azabKu sangat berat"( Ibrahim:7)

Subhanallah...bila kita bersyukur Allah dengan sifatNya yang Maha Pemurah menambahkan lagi nikmatNya kepada kita.Kita selalu melihat konsep syukur dalam ruang lingkup yang kecil, bahkan sebenarnya ianya lebih besar lagi. Contohnya, kebiasaanya kita akan mengucapkan alhamdulillah bila kita mendapat sesuatu kebaikan.Tapi kita lupa untuk bersyukur tatkala bila ditimpa sesuatu ujian. Bahkan kadang-kala nikmat yang yang diperolehi selepas ditimpa ujian lebih besar berbanding dengan apa yang kita harapkan...

Oleh itu, ana menyeru pada diri ana sendiri dan sahabat seperjuang agar bersyukurlah dengan setiap pemberian Allah s.w.t. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..Jadilah insan yang optimis,sentiasalah bersangka baik.

Akhir kalam, terimalah salam ukhuwwah fillah.

Tuesday, February 16, 2010

Dah hampir dua bulan....

Assalamualaikum.....

Afwan banyak2 kepada antum semua, sudah lama ana dah tak update blog. Banyak perkara yang berlaku, yang perlu diselesaikan...dah lama tak menulis, idea pun dah kering kerna mata tinta sudah lama berhenti.

oklah, ana just terfikir nak kongsi dengan antum semua suasana disini, di bandar Kuching. Bandar Kuching betul2 dekat dengan airport, begitu jualah sekolah ana. Dalam 10 minit, blh sampai airport. So, sape2 nak datang kuching bolehla nak minta ana ambik kat airport. Orang di bandar Kuching hidup mewah, ana mula2 datang sini terkejut dan tergamam, rumah mereka besar2 mcm istana, ada yang sampai tiga tingkat, subhanallah...semuanya rezeki dariMu. Kaum yang paling ramai di bandar Kuching adalah bangsa Cina. Skrang tgh mood Chinese New Year kan, so kat sini mereka sambut macam kita sambut Hari Raya, sangat happening, mercun meletup disana sini...

Disebabkan ramai orang Cina, makanan halal agak sukar di cari, semua rasa was-was nak beli...mana tak nyer, dalam satu pasar yang sama ada jual daging khinzir dan ayam dan ikan. Walaupun tempat berasingan tapi dekat jugak la...geli dan loya tgk daging khinzir bergantungan...so, makanan yang paling yakin utk dibeli adalah telur, blh dikatakan tiap2 hari makan telur, muka pun dah mcam telur.....

Pegangan agama kat sini sangat menyedihkan dikalangan muslim. Ana ada ajar topik alkohol bagi subjek sains tingkatan 4, so ana tanya siapa pernah minum arak....pelajar muslim angkat tangan sekali....ana rasa sangat sedih. Pelajar perempuan muslim, sewenang2- wenangnya membuka tudung selepas keluar kelas, tamat waktu persekolahan. Ya Allah kurniakanlah mereka hidayah-Mu. Bila ana borak2 dgn pelajar non-muslim, mereka berkata...cikgu ramai jer orang Islam minum arak kat satu tmpat tu. Ana rasa bagaikan berada dibumi org yang tidak pernah menerima ajaran Islam.

Sungguh besar tanggungjawabku disini, besar amanahMu. Tapi, aku kebuntuan ya Allah. Tunjukkilah jalannya ya Allah. Kurniakanlah aku teman seperti yang telah Engkau kurniakan kepadaku ketika berada di bumi UTM.....miss ukhuwwahfillah.

Kenangan di bumi UTM takkan luput dari ingtanku.....

Wednesday, October 14, 2009

Pilihlah jalanmu...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yamg dikerjakannya......"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maafalah kami, ampuni kami dan rahmatilah kami. Engkaluah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.".........(al-Baqarah 286)...








Dalam rutin harian hidup, kita sering membaca kalamullah diatas pada pagi dan petang. Setiap detik dan saat pasti akan berdepan dengan situasi yang menuntut sesuatu keputusan, samada drastik atau ada masa yang perlu diberikan.....Kita sentiasa juga berharap agar Allah tidak menemukan kita pada sesuatu yang tak tertanggung oleh akal dan fikiran. Harapan yang tinggi agar setiap perkara mendapat petunjuk dan redha dariNya. Keberkatan dariNya dipohon dan ditagih....





"Ya Allah jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pantas dari itu....."





Memohon doa agar diri menjadi kuat walau dimana dicampakkan....AMIN





"SALAM UKHUWWAH FILLAH"...

Friday, September 11, 2009

Mencari-cari malam yang ditunggu-tunggu.....


Bersama-samalah kita pecut di malam sepuluh yang terakhir, mudah-mudah Allah memberkatinya

Saturday, August 1, 2009

Cakna Diri yang sibuk.

Assalamualaikum. Kepada peminat blog cakna diri.

Tuan punya blog ni sibuk memanjang sekarang ni. Kesana kemari. Huhu...

Wednesday, July 1, 2009

Dimana Dia?


Perbualan dua org kanak-kanak kecil yang mencari dimana Tuhan....

Pada satu malam dua org kanak2, Balqis (7 tahun) dan Hawa(6 tahun) bercakap2 sambil bermain.....

Hawa : Di mana Tuhan???

Balqis: Erm....

Hawa : Tuhan ada atas langit kan ???

Balqis : tak... Tuhan ada dimana2 sajalah....Dia dapat melihat kita kat mana2 saja...

Hawa : betul ker???

Balqis : Betul....


begitulah celoteh anak kecil mengenai dimanakah Tuhan....mereka dalam dunia kanak2 pun ingin tahu dimana Tuhan......


Jika kita merenung jauh dalam diri...pernahkah kita terfikir soalan seperti itu???

Perbualan anak2 kecil itu, menyentak fikiranku. Betul juga tu...dimanakah Tuhan? Bukan sahaja Dzat-Nya kita tak nampak, tp sejauhman "kehadiran" Tuhan berada dalam diri. Jika kita merasakan Tuhan sentiasa berada di samping kita. Alhamdulillah....Sesungguhnya Allah S.w.t memberi rahmatNya. Jika tidak, banyak2lah muhasabah diri, bertaubat dan berdoa agar Allah mengurniakan kasih-sayangNya. Merasa kewujudanNya yang Esa.......

Thursday, April 23, 2009

Merasai kemanisan di akhir langkahku…….



Assalamualaikum w.b.t……….pembuka bicara.

“Setiap kesusahan akan diiringi dengan kesenangan dan kebahagian.” Bait-bait ayat ini begitu menyentuh hati, ianya tidak dapat disangkal lagi oleh akal. Ianya terbukti dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” ( al-Insyirah: 5-6).

Allah telah mengulangi sebanyak dua kali bahawa setiap kesusahan akan diiringi dengan kemudahan…yang mana sudah diketahui bahawa janji Allah itu hak dan pasti berlaku. Yakinlah bahawa di setiap kesusahan yang kita lalui ada kesenangannya. Allah senjaga menguji kita dengan kesusahan bagi melihat sejauh manakah ketakwaan kita terhadapNya. Sejauh manakah tahap kebergantungan kita terhadapNya. Kita perlu bersabar menghadapinya. Kerana mungkin dipermulaan perjalanan kita menghadapi kesukaran, tetapi di penghujungnya teramatlah manis dan terkesan di hati. Janganlah sesekali kita beranggapan bahawa kejayaan itu adalah dengan mendapat keputusan cemerlang semata-mata. Bahkan kejayaan itu sebenarnya tercapai secara hakiki apabila kita mendapat keredhaanNya. Apabila Dia redha, maka akan mudahlah perjalanan kita. Setiap perkara dipermudahkan. Walaupun pada waktu itu, kita sedang menghadapi kegagalan yang bersifat duniawi. Pada waktu itu, hati masih lagi tenang dan bersyukur kepadaNya. Apabila urusan kita terhadapNya selesai, maka akan mudahlah hati-hati manusia berurusan dengan kita. Kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dariNya.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah,

apakah kita sabar atau sebaliknya……

kesenangan yang datang selepas kesusahan,

semuanya adalah nikmat dari Allah…..