Friday, February 13, 2009

Masa oh masa!!



DEMI MASA......

' Demi masa.
Sungguh, manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk
kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.'

(Surah al-'Asr)


" Malasnya.....nantilah.....esok ada masa lagi......"

Itulah antara alasan-alasan yang diberikan.Sifat insan yang bergelar manusia memang begitu. Suka menangguhkan kerja.Jika tersepit dan terkepit barulah nak tersedar, masa dah tak ada atau dah tak cukup masa ni! Macam mana ni!

Wahai sahabatku, gunakanlah masa yang ada ini sebaiknya kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Ya, memang kita merancang masa kita, ada planner katakan. Lepas ini nak buat apa, esok nak buat apa. Tapi kita tak tahu ketentuan Illahi macam mana. Mungkin esok kita timpa satu ujian sehinggakan apa yang dirancang tak menjadi.

Setiap detik masa yang berlalu, jangan biarkan ia berlalu begitu saja. Jika tak ada urusan dakwah atau akedemik, bolehla kita membaca buku2 ilmiah seperti kisah sejarah atau buku tokoh2 yang terkemuka.
Kita mesti rasakan bahawa masa sentiasa mengejar kita dan kita tidak ada banyak masa.

TIDAK ADA BANYAK MASA? KENAPA?

Setiap hari kita bangun dari tidur, maka usia makin bertambah, bila usia makin bertambah, bermakna kita dah semakin dekat dengan ajal kita. Jadi, kita semakin kekurangan masa. Sudah cukupkah amalan kita ? Adakah amalan kita selama ini diterimaNYA?

"Sayangi masa anda, hargai ia sebaik-baiknya"

No comments: