Monday, November 10, 2008

Kalau Hati Resah ( Warkah Buat Anakanda)

Assalamualaikum w.b.t

M
enemui anakanda yang dikasihi, moga-moga dalam rahmat dan lindungan Allah selalu hendaknya, di samping bimbingan guru-guru dan dampingan teman-teman seangkatan. Bagi diri ibu dan ayah serta adik2 disini, alhamdulillah kami semua sihat wal'afiat.

Bagaimana dengan situasi awal penggal persekilahan? Pastinya sibuk, lebih2 lagi dengan kemasukan pelajar baru ke tingkatan satu. Diharapkan Along boleh menjadi pendorong semagat kepada adik2-pelajar baru, maklumlah yang tidak biasa tinggal berjauhan dengan ibubapa. Ibu teringat kisah Along yang menangis teresak-esak di dalam telefon dulu....

Meratap dan merintih minta ibu dan ayah datang selalu ke asrama. Hari kedua Along dititipkan di asrama, ibu kira hampir tujuh belas kali telefon di rumah berdering melayan panggilan dari Along di asrama yang bosan, kesepian kerana masih tiada kenalan. Dengan tak disangka-sangka bil tel pada bulan itu melambung hingga tiga ratus ringgit!

Syukur, dari hari ke hari Along semaikin matang dan mampu mengawal kerinduan yang melanda diri terhadap keluarga.

Ibu minta maaf kerana jarang sekali mengutus berita buat Along sepanjang berada di asrama dua tahun yang lalu namun seminggu sekali kita tetap berhubung di telefon. Keterbatasan masa dengan kerja-kerja di pejabat semakin bertambah sejak akhir-akhir ini banyak menguji hati ibu dalam pembahagian masa berkualiti untuk keluarga.Syukur, Along punya ayanh yang sangat memahami kerjaya ibu. Along sendiri menyaksikan bagaimana gigihnya ayah membantu ibu di rumah dalam menerapkan akhlak baik dan nilai-nilai murni kepada dan keluarga dan akhirnya peribadi ayah dapat Along contohi.

Perubahan ini dapat ibu lihat stiap kali Along pulang bercuti. Along sudah boleh jadi imam, meguruskan pembahgian tugas kerja-kerja di rumah kepada adik-adik sepeninggalan kami keluar bekerja , melihat pelajaran adik2 dan menyemak bacaan al-Quran adik2 sepanjang kita bertadarus pada bulan Ramadan yang lalu. Syabas anakku!
bersambung....

No comments: