Monday, November 24, 2008

Warkah Buat Anakanda

bersambung....

Along....satu harapan yang besar dari kami untuk anak-anak, junjunglah perintah Tuhan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sentiasa merasa diri diperhati oleh Penglihatan yang tidak bermata, Pendengaran yang tidak bertelinga dan yang Mengetahui tanpa berakal iaitu Rabbul Izzati, Tuhan yang Maha Esa. Juga perlu sentiasa ingat kita juga diawasi oleh dua malaikat kiri dan kanan kita yang tidak pernah tidur dan lupa sebaliknya jujur dengan setiap amanah yang diperintahkan Allah, Rakib dan Atid namanya.

Untuk menjadi insan yang jujur, berjaya, berwawasan dan dihormati oleh semua makhluk tanpa kita minta dihormati, tanamkanlah dalam diri rasa rendah diri diawasi seperti mana yang Ibu katakan tadi mudah-mudahan dengan cara ini hati sentiasa dipimpin kebaikan dan gembira juga untuk meninggalkan kejahatan dan kerja sia-sia..... Inilah pesanan atuk pada ibu ketika ibu di alam kanak-kanak hinggalah menenpuh alam remaja dulu.

Perkara yang pali atuk tidak suka ibu buat ialah berkawan dengan orang lelaki.Ibu terasa benar-benar bersalah sekinya amanah atuk diingkari. Pernah suatu hari, selepas waktu persekolahan ibu ke perpustakaan awam tidak jauh dari sekolah. Selalunya ibu ditemani oleh seorang kawan tapi pada hari itu ibu berbasikal seorang iri ke sana. Teman ibu tidak dapat sama-sama mengulangkaji pelajaran kerana perlu pulang segera ke rumah, emaknya kurang sihat. Dia minta ibu sampaikan sepucuk surat kepada Abang angkatnya (STP) yang turut sama mengulangkaji di situ. Surat itu ibu simpan elok-elok dan sampai sahaja di sana, ibu terus sampaikan kepadanya. Sempat juga bercakap sepatah dua dengannya sebelum ibu mencari tempat duduk. Entah kenapa ibu ketika hendak menatap buku, dada terasa berdebar-debar. Ketika itu kata-kata atuk terngiang-ngiang di telinga. Ibu beristighfar panjang. Terasa diri benar-benar bersalah mengingkari perintahnya, "Jangan berkawan dengan lelaki bukan muhrim.Haram! Berdosa!"

Persaan resah itu menyebabkan ibu terpaksa meninggalkan perpustakaan awam itu dengan lebih awaldari biasa. Bagaikan tidak percaya apabila basikal kesayangan yang ibu rantai kemas tayar depan dan belakang di tempat biasa telah tiada. Ah tak mungkin ibu tersalah letak. Ibu mencari dan terus mencari....bayangannya pun tak nampak. Basikal itu sanga bersesar kerana itulah hadiah istimewa dari atuk di atas kejayan ibu pada peperiksaan SRP. Memang ibu juga merayu pada atuk belikan basikal keran tidak sanggup berasak-asak berebut bas dan bergesel-gesel dengan lelaki. Malangnya hadiah istimewa itu telah hinga dengan sekelip mata. Kerana apa? Yang pasti ibu telah buat kesalahan besar.Ingkar pesanan atuk, juga perintah Allah. Allah balas hukuman itu didunia lagi. Aduh terseksa diri rasanya pada hari tu ibu terpaksa pulang ke rumah menaikki bas.

Nasihat ibu pada Along, ambillah ikhtibar di atas pengalaman ibu. Jaga tata susila dan pergaulan dengan pelajar perempuan. Jangan mudah jatuh hati dengan jelingan mesra mereka. Tumpukan pada pelajaran. Tidak semestinya belajar dengan pelajar wanita akan lebih menambahkan semangat untuk maju. Sebaliknya berkawanlah dengan abang-abang yang cemerlang peribadinyadan pintalah nasihat dan kata-kata perangsang daripada mereka dan guru-guru untuk memajukan diri. Kalau perlu berurusan dengan dengan mereka ajaklah kawan-kawan lain menemani bersama. Dan berbincanglah perkara berkaitan pelajaran di tempat awam supaya terselamat dari fitnah dan tipuan syaitan. Ingat selalu pesan ibu, Allah lihat apa kita buat. Allah dengar apa kita cakap. Malaikat catat. Ibu tak nampak. Ayah ak tahu. Tapi....Allah tahu. Allah boleh balas di dunia lagi. Anak soleh taat perintah Allah. Taat perintah ibubapa. Taat perintah guru.

Along, ayah dan ibu sentiasa mendoakan Along dan adik-adik menjadi anak soleh cemerlang hidup didunia dan akhirat. Berjauhan bukan bererti benci malahberjauhan lebih mendalam kasih kami buat Alonh. Biarpun kita berjauhan namun kasih kami bagaikan menatang minyak yang penuh malah di antara adik-adik yang lain, Along lebih istimewa keran kelahiran Along sebagai anak sulong diharapkan menjadi contonh kepada adik-adik lain. Berlajarlah bersungguh-sungguh. Jangan simpan perasan benci atau malas terhadap sesuatu pelajaran yang tidak difahami. Tiadak ada sesuatu yang mudah dalam hidup ini kalau tidak diusahakan bersungguh-sungguh asalkan tidak melanggar perintah dan larangan yang telah Allah tetapkan.

Kalau hati resah, susah nak faham pelajaran carilah ketenangan dengan membaca al-Quran.Al-Quran mukjizat paling mulia, membacanya menenangkan hati, menjernihkan wajah. Untuk hidup kita selamat dan diberkati serta mudah belajar jadikan ia sebagai kawan. Al-Quran tafsir mudah dibawa ke mana-mana walaupun dengan tiada wuduk.

Ibu setiap hari akan berusaha baca al-Quran walaupun sedikit. Ibu dapat rasakan setiap kali selepas membacanya hati menjadi tenang.

Tidak ada seorang ibu pun yang mahu melihat anaknya kecundang dalam kehidupan malah ibu yang jahat pun mahu anaknya berbuat baik keran itu fitrah semulajadi manusia.

Harapan kami, setiap kali selepas solat jangan lupa doakan kami dan adik-adik dan juga seluruh umat Islam selamat dan menjadi orang beriman. Doakan juga semoga Allah murahkan rezeki kta supaya lebih ramai orang yang dapat kita bantu. Kalau ada kawan-kawan susah jangan lupa bantu mereka.

Akhir kata, kuatkan semangat dalam menuntut ilmu Allah yang luasnya tidak bertepi ini. Semoga suatu hari nanti Along dan adik-adik bakal mewarisi semagat juang kami dan ayah sebagaimana kami menyambung semangat juan atuk dan arwah moyangmu yang merupakan pencinta kepada agama Islam tinggalan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Jika tidak dengan lidah, mungkin ketajaman pena, mungkin dengan hasil grafik atau lukisan yang bermotifkan Islam, usahawan tau apa jua. Dengan syarat Islam mesti didaulatkan! Insya-Allah....

Sambutlah salam sayang, salam kerinduan dari kami. Ingatlah.... selagi langit dijunjung selagi itulah Allah mesti diagung dan disanjung supaya kita sentiasa diredhai-Nya. Sampaikan salam ukhuwah dari kami kepada guru-guru dan teman-teman sekalian. Selamat maju jaya!

Wassalam...

(cerpen ini dipetik dr Majalah Anis keluaran Jan 2002)

No comments: