Memang bukan mudah untuk melahirkan niat yang ikhlas di dalam hati, tetapi ada cara-cara yang boleh diusahakan...
1) lahirkan niat dalam setiap amalan yang dibuat.
2) bebaskan hati dari niat yang bersifat duniawi.
3) Jangan mengharap pujian manusia dalam berbuat amal dan jangan tertipu dengan pujian.
4) Jangan takut dengan celaan manusia.
5) Jangan beramal kerana ingin masyhur, hendakkan populariti atau glamour.
6) Buatlah amal baik secara diam-diam.
"Hukamak berkata, jadilah kamu seperti akar pokok yang menjadi tunjang kepada kehidupan pokok itu, padahal ia tidak terlihat oleh mata dan tersembunyi di dalam tanah. "
7) Sembunyikan amal baik anda seperti anda menyembunyikan amal kejahatan anda daripada pengetahuan orang lain.
No comments:
Post a Comment