Monday, December 22, 2008

Jalan itu SUSAH tapi INDAH


Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerap kali perlu mulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampuanan dan keedahaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati-mati hati dalam mengharapkan cahaya Illahi. Hakikatnya itu lebih bahaya drpd matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jgn sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan meniup pintu keampunanNya....kunici pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri,kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah al-Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam al-Ghazali.
"Carilah hatimu di tiga tempat...Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu dengan mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Alllah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.!!"

Semak-semak kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu....Telah kau bukakah setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telah kau ucapkah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan wajahmu,fikiranmu,pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimat doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera al-Quran dan bacalah. Bacalah....itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna...Begitulah jiwa yang mati, betapa segak,cantik,bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al-Quran segalanya tidak berguna.

Ingatlah wahai orang yang bermujahadah...tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai dihujung jalan, cukup sekadar kau menempuhi jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada sepanjang jalan...Genggam al-Quaran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Dipetik dari majalah ANIS keluaran Disember 2008: karangan Pahrol Mohamad Juoi

3 comments:

permata said...

"Carilah hatimu di tiga tempat...Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu dengan mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Alllah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.!!"

Jazakillah... :) tatkala diri jauh dari teman seperjuangan, kata-kata sebegini memang amat diperlukan utk membantu tarbiyah dzatiyah..

Anonymous said...

sama2.. ana pun tertarik dgn kata2 tersebut. Memang betul, bila kita jauh dari bi'ah solehah. kita akan mudah hanyut, ini kerana memang menjadi resmi hati sentiasa berbolak balik.

Anonymous said...

betul2...jalan itu susah tapi indah...
dia akan jadi indah bila kita mula faham...dan merasai kerugian yang amat jika kita meninggalkan jalan ni...huhuhuhu....smoga kita semua kekal thabat di jalan ni...